Definisi perpaduan dan slogan

           



       Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka . Ia perhubungan sosial yang mengaitkan manusia . Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains  kemasyarakat . Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi . Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula , terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat .Perpaduan juga satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan  cinta dan bangga akan tanah air . 



SLOGAN



''PERPADUAN DAN KEPELBAGAIAN" 

 Satu slogan yang menarik tetapi penting untuk difahami dengan sejelas-jelasnya. Dunia mengetahui, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum masih boleh bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang iaitu agam, adat resam, budaya dan seumpanya. Setelah 53 tahun negara merdeka, perpaduan antara kaum bukan sahaja perlu dikekalkan malah diperkukuh lagi demi keharmonian dan kestabilan negara.


No comments:

Post a Comment

Hi selamat datang ke blog kami