1. Imej negara tercemar.
Hal ini berkaitan dengan negara-negara lain akan asyik membicarakan berkenaan negara Malaysia yang sedang dalam keadaan huru hara sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara Malaysia yang terkenal dengan pelbagai kaum dan bangsa akan dikenali sebagai sebuah negara yang huru-hara dan tidak harmoni berikutan daripada pelbagai masalah yang timbul dari pelbagai segi misalnya politik, ekonomi mahupun sosial serta jenayah yang teruk.Oleh itu, nama baik negara Malaysia akan terjejas dan tidak lagi digelar sebagai negara yang aman damai.
2. Keharmonian negara terjejas.
Akibat daripada tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat . Secara tidak langsung , hal ini membuatkan kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi kepada negara tidak dapat dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Sebagai contoh , masyarakat tidak mempunyai matlamat yang sama untuk keharmonian negara dan mementingkan diri sendiri. Seperti mana yang kita tahu bahawa masyarakat menginginkan keamanan dan keharmonian negara namun sia-sia jika hanya separuh daripada kita yang berusaha melakukannya.
3. Pembangunan ekonomi negara tidak stabil.
Hal ini disebabkan oleh negara-negara
kurang mengeksport barangan mereka ke Malaysia akibat daripada ketidaksepaduan
antara masyarakat kita. Ramai pengeksport akan berasa was-was untuk mengambil
risiko menghadapi kerugian yang sekiranya melabur dalam negara yang ekonominya
tidak stabil.Hal ini juga mendorong masyarakat untuk melakukan pasaran haram
seperti penyeludupan dadah, senjata api dan warga asing. Secara imtihannya,
masyarakat yang tidak bersatu padu boleh menjadikan sesebuah negara itu yang
kurang kemajuan dan dipandang buruk oleh negara lain.
PERGADUHAN MASYARAKAT
Apabila wujud masyarakat yang tidak bersatu padu secara tidak langsung menyebabkan adanya
masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika dan tidak
kukuh dalam agama dan kejiwaan. Apabila wujud masyarakat seperti ini akan mudah
terjadinya pertelingkahan dan perselisih fahaman di kalangan rakyat pada
bila-bila masa dan lama-kelamaan ianya sukar dibendung serta negara akan
kucar-kacir. Justeru ia juga boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang
teruk.Konklusinya , masalah etnik adalah sangat sensitif sekiranya tidak
diteliti dan ditangani dengan baik.
No comments:
Post a Comment