Pendahuluan

                                                           

 
KAUM DI MALAYSIA
         


    Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik lantaran rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat hidup bersatu padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namun, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat didalam diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. 


    Justeru, perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun  2023.Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa,agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa kepada Malaysia. Semangat perpaduan perlu dipupuk didalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan nengukuhkan semangat jati diri di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta Sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang bertindak sebagai warganegara yang matang lagi bertanggungjawab.


No comments:

Post a Comment

Hi selamat datang ke blog kami